Kamis, 16 Februari 2012

Cukup Cintai Dia

Cukup cintai dia dalam diam

Bukan kerana membenci hadirnya, tetapi menjaga kesuciannya.. bukan kerana menghindari dunia, tetapi meraih syurgaNYA.. bukan kerana lemah untuk menghadapinya, tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup.....


Cukup cintai dia dari kejauhan

Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin saja kan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga.....


Cukup cintai dia dengan kesederhanaan

Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan.....


Maka cintailah dia dengan keikhlasan

Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??


".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
( QS. Al Baqarah: 216 )


" Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."
( QS. An Nuur: 26 )


*Posted http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1567841808535&set=a.1205817398151.29896.1610140754&type=3

~

Tidak ada komentar:

Posting Komentar